Lelaki Paling Gemuk Didunia Seberat 444Kg Meninggal Dunia Akibat Paru-Paru Berair

United Kingdom – Lelaki paling gemuk di dunia, Keith Martin dari Britain meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair.

Menurut laporan mirror.co.uk, Keith pada saat meninggal dunia mempunyai berat badan mencecah 444 kilogram (kg).

Keith meninggal dunia pada Mac lepas tetapi baru diumum keluarganya.

Keith berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan sepanjang hayatnya yang bermula seusia dewasanya selepas kematian ibunya.

Keith mengambil lebih 20,000 kalori sehari hampir 10 kali jumlah yang dicadangkan pakar pemakanan.

Rutin hariannya adalah enam biji telur, pizza, kebab selain sekurang-kurangnya enam liter air bergas.

Keith juga sudah menjalani pemindahan pintasan gastrik untuk menurunkan berat badan.

Lelaki paling gemuk di dunia, Keith Martin meninggal dunia. – Sumber foto mirror.co.uk

Pembedahan itu berjaya namun keengganan Keith untuk tinggal di hospital dan mendapatkan rawatan susulan menjadikan pembedahan berkenaan gagal.

Keith akhirnya keluar tanpa kebenaran doktor sekali gus merumitkan proses rawatan selepas pembedahan.

Dia mula mendapat pelbagai penyakit dengan paru-paru berair merupakan yang terakhir sebelum menemui maut. – AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.