Kaunter PPZ Beroperasi 7 Hari Seminggu Sepanjang Bulan Disember

Kuala Lumpur – Adalah dimaklumkan sepanjang bulan Disember 1436H ini, kaunter-kaunter Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) beroperasi selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum.

Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP terletak di Taman Shamelin Perkasa Cheras, Masjid Negara, Wangsa Maju Seksyen 5 KLSC, Putrajaya Presint 9,  Putrajaya Presint 15 Diplomatik, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr.Ismail, Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2 Kampung Baru, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong, Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong, UTCKL Pudu Sentral dan Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Kaunter-kaunter ini akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang manakala kaunter PPZ-MAIWP di UTCKL Pudu Sentral akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 10.00 malam. Segala taksiran atau pertanyaan boleh dibuat melalui Talian Zakat 1-300-88-5757.

Para pembayar zakat boleh menunaikan semua jenis zakat seperti zakat pendapatan, zakat KWSP, zakat perniagaan, zakat saham, zakat wang simpanan dan zakat emas. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.