FBI Siasat Kematian Remaja Islam Kulit Hitam

Washington – Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menyiasat kematian seorang remaja kulit hitam beragama Islam di Kansas City, Missouri untuk memastikan sama ada terdapat unsur kebencian agama dalam insiden itu.

Jurucakap FBI, Bridget Patton memaklumkan siasatan itu turut dilakukan bersama Jabatan Polis Kansas City.

Mangsa dikenali sebagai Abdisamad Sheikh-Hussien, 15, dari Somalia didakwa dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis SUV, Khamis lalu.

“Abdisamad disahkan meninggal dunia di hospital dan dia turut mengalami kecederaan kaki yang teruk,” katanya.

Sementara itu, ahli lembaga Majlis Islam Heartland, Zulfiqar Malik memberitahu mereka terpaksa meminta campur tangan penguatkuasa undang-undang persekutuan terhadap insiden tersebut.

Dalam satu kenyataan lain, Majlis Hubungan Amerika-Islam (Cair) mendedahkan seorang lelaki tidak dikenali pernah mengancam untuk membunuh orang Islam di Kansas City dan sebuah SUV juga didakwa sengaja menyebarkan mesej berunsur anti-Islam sejak beberapa bulan lalu.

Setakat ini, laporan dipetik dari Press TV, seorang suspek berusia 34 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut. – SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.