Azab 104 Rotan

Kajang: Kurang daripada satu peratus banduan yang menjalani hukuman sebat dikesan kembali melakukan jenayah serta dipenjarakan semula dan ia membuktikan keberkesanan sistem sedia ada bagi memberi keinsafan kepada masyarakat.

Timbalan Pengarah (Dasar Kepenjaraan) Timbalan Komisioner Penjara Supri Hashim berkata, selain menjalani hukuman itu, program pembangunan latihan yang diadakan jabatan itu juga menjadi antara faktor bekas banduan berjaya menjalani kehidupan lebih baik.

Katanya, pembangunan kerjaya yang dijalankan sepanjang tempoh hukuman juga memberikan persediaan yang cukup kepada banduan untuk ‘hidup semula’ selepas keluar daripada penjara.

Kuala Lumpur: “Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”

Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.

Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

“Rekod kita yang ada menunjukkan tidak sampai seratus orang daripada jumlah keseluruhan itu masuk semula ke penjara, dan itu pernah kita kongsi di sidang Parlimen sedikit masa dulu.

“Ketika ini kita ada 4,000 banduan yang mengikuti program pembangunan insan dan mereka menunjukkan semangat untuk membina semula kehidupan dan melupakan kesilapan lalu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai pengakuan Botak Chop, bekas banduan yang mendakwa menerima lebih seratus sebatan atas pelbagai kesalahan jenayah berat sejak mula dipenjarakan pada tahun 1973.

Lelaki berusia 53 tahun itu kini insaf dan ingin berkongsi pengalamannya dengan masyarakat dan berharap generasi baru tidak terlalu mengikut perasaan dan melakukan perbuatan yang boleh memusnahkan masa depan.

Supri berkata, terdapat dua kaedah untuk menentukan sama ada bekas banduan itu pernah menjalani hukuman iaitu menerusi semakan rekod dan kesan parut.

“Yang kita difahamkan, mereka benar-benar terkesan dengan sebatan,” katanya.

– Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.