“Saya Diktator Baik, Dalam Kabinet Tiada Siapa Pun Berani Lawan Saya” – Dr Mahathir

“Dalam Kabinet walaupun saya sentiasa bersedia nak ‘tumbuk’ sesiapa yang nak lawan dengan saya, tapi tak ada siapa berani,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, walaupun terdapat ‘pertengkaran’ di luar Kabinet, tetapi akhirnya semua bersetuju dalam mencapai sesuatu keputusan dibincangkan dalam Jemaah Menteri.

Beliau berkata, Kabinet berfungsi dengan baik walaupun mempunyai perbezaan pendapat.

“Dalam Kabinet, semuanya akhirnya bersetuju dengan cara saya.

“Tugas ialah menggulung selepas semua memberikan pendapat dan biasanya penggulungan saya diterima dan pentadbiran negara diteruskan secara konsensus,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Berita Berkaitan;

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa anggota Kabinet.

Beliau mengulas pencapaian kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memerintah selama 18 bulan sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan sekarang sedia menerima teguran untuk kebaikan pentadbiran negara.

Berbeza dengan kerajaan sebelum ini, beliau berkata, pemimpin yang terbabit dengan rasuah tidak ditegur sementara jika ada yang menegur akan dipecat.

“Seperti berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang dibuang.

“Tindakan tidak menasihatkan pucuk pimpinan itu adalah sokongan kepada seseorang diktator.

“Bukan macam diktator dahulu, diktator itu baik sehingga dia bertahan sehingga 22 tahun (Mahathir) sedangkan diktator yang ambil alih pada 2009 (Najib) tidak tahan lama kerana dasarnya ‘cash is king’,” kata beliau.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, PH akan kekal sebagai gabungan parti yang memerintah negara ini.

“Itu janji paling utama yang akan terus ditunaikan,” kata beliau. 

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.