Berlaku Kebocoran Radioaktif Di Pos Penerbangan Kargo KLIA

SEPANG – Kebocoran radioaktif dilaporkan berlaku di Pos Penerbangan Kargo (Pos Aviation) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Kejadian bermula pada jam 10.40 pagi itu disyaki berpunca daripada bahan radioaktif yang terdapat di dalam kotak.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi satu kenyataan, berkata Balai Bomba dan Penyelamat KLIA menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 10.42 pagi.

Menurut kenyataan itu, pihaknya kemudian segera menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) ke lokasi.

“Menurut komander operasi, didapati kejadian membabitkan kebocoran bahan radioaktif dari dalam kotak.

Kebocoran berjaya dikawal dan akan diserahkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTTA) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, Pos Aviation menerusi kenyataan memaklumkan, bomba mengarahkan semua kakitangannya meninggalkan bangunan terbabit susulan kebocoran radioaktif berkenaan. – BH

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.