Wanita Digelar ‘Ugly’ Pertahan Abang Kosmetik

KUALA LUMPUR – Wanita yang terlibat dalam kontroversi yang dicetuskan oleh Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dalam Gegar Vaganza Musim Ke-5 baru-baru ini tampil mempertahankan usahawan kosmetik itu.

Menerusi rakaman video terkini yang dimuat naik oleh Aliff Syukri di laman Instagramnya, wanita tersebut berkata ianya merupakan sebahagian daripada kerjanya apabila ia telah dirancang lebih awal.

“Kepada netizen di luar, anda perlu ambil perkara ini secara positif, “Lagipun, pasal semalam tu, ia sebahagian daripada kerja saya untuk buat benda tu,” ujarnya.

Aliff Syukri turut menjelaskan bahawa beliau tak mungkin menyentuh muka penonton dengan sengaja dan memilih untuk mengalah sekiranya perkara itu menyinggung perasaan sesiapa.

Menjawab penggunaan perkataan ugly (hodoh) yang diungkapkan oleh Aliff Syukri semasa program Gegar Vaganza itu bersiaran secara langsung, usahawan tersebut menjelaskan beliau sebenarnya ingin menyebut perkataan ‘kusam’.

“Saya sebenarnya nak beritahu kusam, tapi bahasa Inggeris tak ada, jadi saya pun tercakap (perkataan ugly).

“Saya minta maaf dan mungkin juga kepada keluarga Ila kan? Mereka tidak faham kami punya tugasan dan rancangan,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengasas produk D’Herbs itu turut menyerahkan kepada netizen untuk menilai sendiri dan meletakkan diri mereka di tempatnya sebagai penaja program tersebut. -SuaraTv

One thought on “Wanita Digelar ‘Ugly’ Pertahan Abang Kosmetik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.