VIDEO: Presiden Pafa Berdepan Penyokong Ketika Hantar Memo Kepada MB

IPOH – Di sebalik desakan penyokong agar beliau meletak jawatan, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim tampil berdepan penyokong di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Ia secara spontan apabila Hasnul Zulkarnain tiba di perkarangan bangunan itu untuk menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Perak.

Beberapa penyokong yang hadir itu terdahulu mengadakan sidang media bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Hasnul Zulkarnain yang ditemui media selepas itu berkata, beliau tidak ada masalah dengan tindakan segelintir penyokong itu.

Menurutnya, perkara tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Saya juga telah dihubungi oleh beberapa penyokong dan ada yang WhatsApp personal  beri sokongan kepada saya.

“Saya tak ada masalah untuk meneruskan jawatan ini tak ada kepentingan apa-apa pun.  Saya letak kepentingan Pafa itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, wakil penyokong, Mohd Jeffery Amin Abd Hamid berkata, desakan agar Hasnul Zulkarnain melepaskan jawatan tetap akan diteruskan kerana perbuatan itu memalukan. -SinarOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.