Siti Kasim Selar Syed Saddiq Yang Mahu Tolak ICERD

KUALA LUMPUR – Siti Kasim menghentam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana sayap itu akan menolak pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sekiranya ia menjejaskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera.

Peguam dan aktivis itu menuduh Ketua Armada PPBM itu membuat pendirian semata-mata untuk meraih kelebihan politik daripada orang Melayu di kawasannya.

Beliau berkata Ahli Parlimen Muar itu lupa orang bukan Melayu juga mengundinya pada pilihan raya lalu.

“Ingat orang-orang ini…pada pilihan raya umum akan datang tolak ahli politik seperti itu,” katanya.

Awal hari ini, Syed Saddiq mengumumkan Pemuda PPBM akan menolak proses meratifikasi ICERD sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 perlembagaan Persekutuan, sistem Raja berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu,” katanya menerusi Facebook.

Justeri beliau menyeru rakyat menolak ahli politik yang didakwanya memecahbelahkan kaum dan rasis.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.