Sibuk Perihal Warna Seragam Sekolah Sampai Tak Perasan PH Potong RMT, Najib Perli Menteri ‘Stokin’

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung ideanya yang mahu mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40.

Ujar Najib, ‘idea’ yang diutarakan Maszlee  itu sebenarnya sudah pun diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan sejak tahun 1979 yang dikenali sebagai Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Beliau merujuk kepada laporan media yang memetik kenyataan Maszlee sebagai berkata kementeriannya akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40, yang mana idea itu merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School yang terletak Itabashi-ku, Tokyo.

“Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan.

“Mungkin hasil berjalan sampai ke Jepun inilah dia boleh terfikir idea bernas ini.

“Tapi sebab terlalu hebat mengkaji, beliau terlepas pandang bahawa Rancangan Makanan Tambahan ini sejak tahun 1979 lagi dah Kementerian Pendidikan sediakan.

“Kita beri RM2.50 seorang sehari untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 seorang sehari untuk pelajar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya menerusi satu catatan di Facebook. 

Sindir Najib lagi, Maszlee tak perlu terlalu ‘pandang ke Timur’, merujuk kepada dasar yang pernah diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, sebaliknya Menteri Pendidikan itu perlu memahami operasi kementeriannya terlebih dahulu. 

Tambah Najib, lebih-lebih lagi selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir memotong peruntukan RMT dalam Belanjawan 2019. 

“Mungkin beliau terlalu sibuk perihal warna pakaian seragam pelajar beliau tak perasaan Kerajaan PH sendiri dah potong peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan dalam Belanjawan 2019.

“Tak payah ke Jepun nak tahu atau belajar perkara macam ini.

“Tidak perlu ‘pandang ke Timur’. Lebihkan masa memahami operasi Kementerian.

“Agak-agak beliau nak kaji apa lagi lepas ini?,” sindir beliau. -SuaraTv

11 thoughts on “Sibuk Perihal Warna Seragam Sekolah Sampai Tak Perasan PH Potong RMT, Najib Perli Menteri ‘Stokin’

  • November 7, 2018 at 2:51 pm
    Permalink

    Bodoh mcm kayu?? Sibuk napa? Awak perasan ke sapa awak ? Jutaan dlm rumah duit gaji ke?? Menteri kasut tak rasuah tk pecah amanah tak songlap duit???? Patut tangkap tanpa bicara dia ni..tk malu kes banyak komplen komen mcm tk de maruah?? Tk malu tkde maruah betul??? Tnggu je hukuman seberat2nya kau dn kuncu2 terima nanti??? Rakyat berdoa agar perasuah dihukum berat2 tnpa belas kasihan!! Terima lah akibat salahlaku korang2 semua..jgn lari ya!!! Muak muntah mual menyampah kotor jijik jelik khianat pd semua rakyat!! Usahlah nk perli2 ..PH tk rasuah tk pecah amanah mcm korang penyangak perompak pencuri pengsonglap pengkhianat penipu pembohong pakej semua lengkap..!! Sedarlah diri weh…tk malunya…..!

    Reply
  • November 7, 2018 at 2:51 pm
    Permalink

    Pembohong penipu pengkhianat pd dymm agong rakyat negara…

    Reply
  • November 7, 2018 at 2:53 pm
    Permalink

    Pencuri songlap harta negara..pembohong no 1..

    Reply
  • November 7, 2018 at 2:54 pm
    Permalink

    PH tak rasuah..jujur amanah.. tk mcm kau…penipu pencuri perompak

    Reply
  • November 7, 2018 at 2:55 pm
    Permalink

    Rasuah pecah amanah songlap curi samun rompak tu la yg buat dulu..pengkhianat..

    Reply
  • November 7, 2018 at 2:56 pm
    Permalink

    Tgk muka geli jijik kotor najis mual muak muntah menyampah meluat benci korup..korup..korup.

    Reply
  • November 7, 2018 at 2:59 pm
    Permalink

    Menteri stokin jujur ikhlas amanah tak rasuah??? Kau dulu buat apa?? Rasuah tk habis2..curi tk habis2 rompak tk habis2?????, korups….kurap kotor bobrok..

    Reply
  • November 7, 2018 at 3:00 pm
    Permalink

    Smga terbukti salah duk lah dalam besi seumur hidup semua yg korup…!!

    Reply
  • November 7, 2018 at 3:57 pm
    Permalink

    Angkuh bongkak takbur khianat perli kutuk tu keje korang dulu?? Bukan keje untuk rakyat?? Tapi keje masuk poket sendiri?? Sbb tu tewas kalah musnah bungkus teruk..bodoh sombong pun lagi kuat?? Rasuah jgn cakap lah ribu juta hilang dlm rumah jutaan ringgit rampas duit kumpul ..duit gaji??
    Byr jamin juta2ana ambil duit??

    Reply
  • November 7, 2018 at 3:59 pm
    Permalink

    Cepat2 lah jatuh hukum nk tgk mana dia org duduk?? Ckp byk jer mcm tk salah?? Tkde malu ke?? Maruah lagi tkde??

    Reply
  • November 7, 2018 at 4:01 pm
    Permalink

    Salah hukum seberat2 nya!!!
    Semua kuncu2 nya sekali yg terlibat?? Usah kasihan !!! Rakyat dikhianati dianiaya olih perasuah2 ni?? Penglhianat2..?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.