Shafie Apdal Kekal Sebagai Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kes pemula yang difailkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkaitan isu pelantikan Ketua Menteri Sabah.

Sehubungan itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Hakim Datuk Yew Jen Kie dalam penghakimannya menegaskan tindakan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah yang menyokong pakatan Parti Warisan Sabah (WARISAN), DAP dan PKR membuktikan Musa hilang penguasaan terhadap majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tidak timbul isu Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bertindak ultra vires dengan menyingkirkan Musa kerana beliau (Musa) dianggap sudah mengosongkan pejabat apabila menolak meletakkan jawatan selepas hilang majoriti.

Jen Kie turut memutuskan bahawa Juhar boleh bergantung kepada enam perakuan bersumpah dibuat ADUN BN yang menyokong Mohd Shafie bagi membuat keputusan bahawa Musa hilang penguasaan majoriti DUN. – BERITA HARIAN

One thought on “Shafie Apdal Kekal Sebagai Ketua Menteri Sabah

  • November 8, 2018 at 1:05 am
    Permalink

    Tahniah dato seri mohd shafie afdal sebagai ketua menteri sabah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.