‘Saya Bukan Pencuri Perompak Penyamun’

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau bukan seorang pencuri, perompak dan penyamun.

Kenyataan itu dibuatnya melalui perkongsian di Facebook Live sebentar tadi berkenaan dakwaan dan tohmahan mengenai dana RM 2.6 bilion ke atas dirinya.

Najib berharap mudah-mudahan apabila sampai pada masanya kebenaran akan muncul dan segala tuduhan serta tohmahan ke atas dirinya akan lenyap.

“Tidak ada sesiapa yang tidak akan tersinggung apabila dilempar dengan pelbagai tohmahan seperti itu.

“Saya telah berkhidmat sekian lama dalam kerajaan untuk rakyat dan telah melakukan yang terbaik serta telah memberi khidmat bakti yang bersungguh-sungguh,” katanya.

Najib berkata, bukan senang untuk dia hendak menjelaskan tentang isu dana RM2.6juta  kerana telah menjadi kes mahkamah.

“Saya berdoa agar kebenaran akan timbul dan Insya-ALLAH saya dapat membersihkan nama saya.

“Namun saya yakin dan percaya bahawa pihak saya mempunyai bukti,” katanya.

Dalam siaran Facebook Live yang berdurasi hampir 12 minit itu, Najib berkata, beliau mengakui isu RM2.6 bilion menjadi salah satu yang menyumbang kepada kekalahan BN dalam pilihan raya umum lalu.

“Tular kononnya saya menipu tentang dana itu dan sejujurnya saya tidak pernah berbohong tentang hal itu,” katanya. – SINAR HARIAN

5 thoughts on “‘Saya Bukan Pencuri Perompak Penyamun’

  • November 7, 2018 at 11:21 am
    Permalink

    Usah nk tegak benang basah?? Duit hilang ribu juta..dlm rumah jutaan ringgit polis rampas duit gaji ke?? Tunggu mahkamah buat keputusan dgn saksi bukti transaksi semua cukup tepat fakta yg ada ??? Skrg cakap tk salah lah?? Jika terbukti bagaimana ha?? Dulu masa kau pm minta tolong pun tk layan tk balas ni ke tanggungjawab kau yg rakyat pilih?? 2x pru sepi tanpa jwpan?? Busy dgn apa?? Kumpul harta?? Agar moga2 mudah2an segala tipu helah dpt dibuktikan kau dgn kuncu2 kroni2?? Allah swt maha berkuasa..langit tu tinggi..kalau tk rompak tk samun tk nyangak apa perlu gusar takut?? Duk diam lah!! Makin kau tepis nafikan makin dibenci mual muak menyampah lagi kuat??
    Sbb tu rakyat bijak pilih PH??
    Tngok Tun M ke jepun minta sokongan nasihat untk pulihkan ekonomi?? Kau apa buat?? Cakap komen tk habis2?? Duit hilang Tun M ke yg curi?? Sedarlah diri makin dibenci rakyat tgk dngr berita korang??
    Byr jamin kau kroni2 jutaan ringgit senang jer dapat bayar?? Duit mana datang?? Duit kumpul atau duit gaji??????????????????????????.???????? Pelik aneh ajaib lah kan!! !!!!!!!@@!!@!!!!!!!!!!!!!@@?????
    Hairan..hairan..hairan lah!!

    Reply
  • November 7, 2018 at 11:27 am
    Permalink

    Hilang percaya rakyat sbb kau rosakan musnahkan segala2 nya..andai PH tak rampas apa jadi pd negara ini..?? Apa sumpah ikrar jawatan depan Dymm Agung ?? Tk khianat tk tipu tk bohong ker tk pecah amanah tk rasuah ker?? Rakyat ada hak perlu dijaga kebajikan segalanya bukan ditindas begini?? Berani ke bersumpah tiada 1sen pun kau kuncu2 kroni2 saudaramara kau rompak? Berani ker junjung alquran mulkarim?? Ada berani?? Kalau kau bersih tanpa rasuah???

    Reply
  • November 7, 2018 at 11:35 am
    Permalink

    Rakyat berdoa kalau kau aniaya kau terhukum seberat2nya..!! Tidak ada belas ehsan lagi sbb rakyat susah menderita teraniaya olih rakus zalim kejam ditipu ??? Tidak benar kah isu skandal 1mdb..felda..felcra ..altantuya..dn byk lagi tu?? Ini semua fitnah ker?? Yg diatas tk semestinya kuat yg dibawah tk semesti lemah?? Rakyat ada kuasa ..pilih sapa yg benar betul amanah!! Salah diri sendiri tk usah lah nk salahkan org lain??insaf lah sedarlah langit tu tinggi..

    Reply
  • November 7, 2018 at 11:40 am
    Permalink

    Rakyat ada hak untuk bercakap.. andai fitnah kenapa 1 dunia tau skandal 1mdb?? Jho low sapa?? Xavier andre justo sapa? Altantuya sapa?? Kapal layar yg dirampas milik sapa??nfc lembu apa tu??
    Terlampau byk skandal2 yg ada dan belum di dakwa?? Jika tk benar abaikan lah..andainya betul benar mcmana?? Nk tepis juga ker??

    Reply
  • November 7, 2018 at 11:46 am
    Permalink

    Lagi kau cakap banyak lagi mual muak muntah meluat rakyat tengok dengar?? Nampak mcm nk lepaskan diri?? Apa takut?? Tk salah takut risau apa nya?? Org salah je yg takut ? Rakyat bijak undi PH… syabas Tun M ..PH.. amanah tanpa rasuah!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.