Rizab BNM Terus Merosot, AS$1.1 Bilion Susut Dalam Masa Dua Minggu

KUALA LUMPUR – Paras Rizab Antarabangsa Bank Negara (BNM) meneruskan trend kemerosotan memasuki bulan keenam peralihan kerajaan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) awal Mei lalu.

Memetik kenyataan BNM hari ini, sehingga 31 Oktober lepas jumlah rizab tersebut susut kepada AS$101.7 bilion berbanding AS$102.8 bilion yang direkodkan pada 15 Oktober 2018, merosot AS$1.1 bilion dalam masa dua minggu.

“Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD101.7 bilion pada 31 Oktober 2018. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek,” kata kenyataan tersebut.

Dengan penyusutan terbaru ini bermakna jumlah rizab antarabangsa BNM telah merosot sebanyak AS$7.7 bilion sejak 15 Mei hingga 31 Oktober 2018.

Berdasarkan kadar tukaran hari ini RM4.1635 bagi setiap dolar AS, penyusutan AS$7.7 bilion sejak 15 Mei itu bersamaan dengan RM32.05 bilion.

Komponen utama rizab antarabangsa BNM yang kini berjumlah AS$101.7 bilion itu, terdiri daripada rizab mata wang asing AS$96 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion). – SuaraTV

Sekilas Info;-

30 Apr 2018 – AS$109.5 Bilion
15 Mei 2018 – AS$109.4 Bilion
31 Mei 2018 – AS$108.5 Bilion
29 Jun 2018 – AS$104.7 Bilion
31 Jul 2018 – AS$104.5 Bilion
30 Ogos 2018 – AS$104.4 Bilion
28 Sept 2018 – AS$103.0 Bilion
15 Okt 2018 – AS$102.8 Bilion
31 Okt 2018 – AS$101.7 Bilion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.