Pegawai Khas Mazlee Cakap Tak Guna Otak, Kata Netizen

SHAH ALAM – Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dikecam hebat oleh netizen gara-gara kenyataannya di Facebook berhubung program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid sekolah. 

Zul Fikri Zamir Mohamad Munir terdahulu menulis status di Facebook beliau bagi menyanggah kenyataan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ujarnya, Najib cuba memberi persepsi buruk kepada masyarakat seolah-olah ‘bosnya’ itu tidak tahu membezakan antara RMT dengan program sarapan yang akan dikaji Kementerian Pendidikan.

Beliau merujuk kepada status Facebook Najib yang menyindir Maszlee berhubung idea untuk mengkaji penyediaan skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40.

Najib terdahulu berkata, ‘idea’ yang diutarakan Maszlee  itu sebenarnya sudah pun diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan sejak tahun 1979 yang dikenali sebagai Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Aku sebenarnya paling malas nak komen benda remeh macam Najib ni.

“Tapi malangnya dia mislead masyarakat seolah-olah Menteri Pendidikan tak tahu apa tentang apa yang dia katakan.

“Pertama, Dr Maszlee sebut tentang sarapan. RMT ni makan masa rehat. Bukan sarapan. Kalau jam 10 pagi rehat, dah masuk kelas belajar 3 ke 4 waktu, sarapan apa namanya tu?

“Kedua, RMT ni hanya diberi kepada anak-anak tertentu sahaja. Daripada 2,685,403 anak murid sekolah rendah, hanya 489,117 anak sahaja yang dapat. Ini hanya bersamaan dengan 18% daripada jumlah keseluruhan murid. (Data KPM 2018)

“Ketiga, kenyataan Menteri adalah berkenaan dengan Sarapan. Menteri ambil maklum dengan rancangan RMT ni dan sedang berusaha untuk tambah baik program tersebut,” tulis Zul Fikri.

Mengulas lanjut, Zul Fikri kemudian  mengaitkan serbuan pihak berkuasa ke rumah Najib, dengan menyatakan jumlah wang tunai yang dijumpai di rumahnya ketika itu menyamai peruntukan untuk program RMT untuk setahun.

“Tahukah anda jumlah wang yang dijumpai di apartment tu bersamaan dengan jumlah kewangan program RMT untuk 1 tahun? Iaitu bagi makan kepada 489,117 anak-anak selama setahun?

“Dan janglah kita lupa masa dijumpai wang dalam apartment, Najib juga bertanggungjawab potong duit amanah untuk anak miskin sejak 2017.

“Ini yang Pakatan Harapan terpaksa betulkan semula melalui belanjawan yang dibentang minggu lepas,” katanya lagi. 

Kenyataan beliau kemudiannya mengundang kritikan teruk netizen. Ramai yang menyatakan program RMT sememangnya menyediakan sarapan pagi di kebanyakan sekolah.

Tidak kurang ada juga netizen yang melabel beliau sebagai pegawai khas cap ayam kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak ekoran mengaitkan kes Najib dengan isu RMT. -SuaraTv

 

 

 

2 thoughts on “Pegawai Khas Mazlee Cakap Tak Guna Otak, Kata Netizen

  • November 8, 2018 at 12:57 am
    Permalink

    Tahniah zul anda benar!! Berani kerana benar takut kerana salah!! Kalau benat teruskan je!

    Reply
  • November 8, 2018 at 12:18 pm
    Permalink

    nk buat idea sarapan utk rmt. budak2 dtg sekolah pun terutama yg jauh2 pedalaman pun lewat, mana sempat nak makan sarapan di sekolah.
    lagi pun bajet rmt pun dah kena potong rm10 juta.
    tak payah la nak kait duit dlm rumah najib, duit dlm bank negara pun dah hilang rm32.5 bilion sejak ph perintah. mana itu duit pergi? siapa yg ambik? najib jugak ka?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.