Mujahid Akui Ada Kegiatan Edar Kitab Bible Kepada Pelajar Sekolah

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Persana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengakui kegiatan mengedar kitab Bible hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini turut melibatkan edaran kepada pelajar Melayu.

Menurut Mujahid, selepas perkara berkenaan tersebar dan menjadi tular, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam untuk kesahihan.

“Saya akui kegiatan mengedarkan kitab Bible oleh wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlaku dan sekarang timbul persoalan kitab berkenaan diedarkan kepada siapa, adakah untuk orang Melayu atau hanya diedarkan kepada orang bukan Islam.

“Perkara berkenaan jelas menimbulkan kontroversi sebab daripada maklumat yang kita dapat ada juga yang diberikan kepada orang Melayu,” katanya ketika menjawap soalan salah seorang peserta Town Hall Maqasid berhubung isu edaran kitab Bible di sini hari ini.

Semalam, Mujahid dalam sidang akhbarnya di Pulau Pinang mengakui berlaku kegiatan mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. – UTUSAN

Media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.