MT UMNO Digesa Nasihatkan Lokman Adam Agar Berhenti Keluar Kenyataan Bodoh

SHAH ALAM – Majlis Tertinggi (MT) UMNO  digesa untuk menasihatkan seorang ahlinya, Datuk Lokman Noor Adam supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan kurang bijak pada masa akan datang.

Saranan itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday memandangkan MT UMNO akan bermesyuarat Jumaat ini.

“Saya mencadangkan kpd MT yg akan bermesyuarat pada 9/11/18 menasihatkan 

@LokmanAdam supaya menghentikan dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yg menyebabkan org awam bertambah meluat dgn UMNO.

“Kalau nak marah dgn @Khairykj pun biarlah nampak cerdik..,” katanya menerusi Twitter.

Tweet itu turut diulang kicau (retweet) oleh mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. 

Lokman sebelum ini ‘menyerang’ Khairy susulan kenyataan Ahli Parlimen Rembau itu yang mengatakan punca kekalahan UMNO pada PRU14 adalah disebabkan isu 1MDB, bukan disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH) sebagaimana dakwaan mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Lokman yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baharu berkata, kekalahan UMNO disebabkan parti itu mempunyai seorang Ketua Pemuda (Khairy) yang bodoh kerana langsung tidak membantu memberi penerangan kepada rakyat untuk memahami isu 1MDB.

Khairy kemudian membalas ‘serangan’ Lokman dengan mengatakan sekiranya beliau Presiden, perkara pertama yang akan dilakukannya ialah memecat Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kerana mempunyai IQ tahap lobak. 

Lokman sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan menyamakan pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan fitnah terhadap Nabi Muhammad.

Lokman merujuk gesaan Pemuda UMNO yang mahu Zahid bercuti daripada menjalankan tugas Presiden kerana berdepan dengan 45 pertuduhan mahkamah.

Ujarnya, Rasulullah SAW juga sering difitnah dan dicerca namun ALLAH SWT tidak pernah memerintahkan baginda bercuti. -SuaraTv 

One thought on “MT UMNO Digesa Nasihatkan Lokman Adam Agar Berhenti Keluar Kenyataan Bodoh

  • November 7, 2018 at 3:03 pm
    Permalink

    Ni tk tau agama nj cakap pandai arif sangat?? Jgn nk politik agama la ngok? Bodoh mcn kayu? Muak meluat tgk korang ni?? Ptutlah kalah PH menang takbur bongkak takbur mainan pedoman korang dulu@!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.