Mayat Remaja Dikelilingi Simbol-simbol Syaitan?

UKRAINE – Mayat perempuan mati dibunuh setelah dirogol ditemui dikelilingi oleh simbol-simbol syaitan dan dua ekor ayam jantan yang kepalanya dipenggal.

Alisa Onyshchuk dilaporkan Mirror Online ditikam sampai mati di kampung Babai di wilayah Kharkiv di utara-timur Ukraine.

Alisa terdahulu menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan sepanjang hutan itu sebagai jalan pintas ke stesen kereta api.

Beberapa jam kemudian, ibunya Viktoria Onyshchuk menggunakan jalan yang sama untuk pergi ke bandar dan menemui sebelah kasut sukan yang dipakai anak perempuannya di atas jalan.

Dalam keadaan cemas, dia mengambil kasut itu, menaiki kereta api menuju ke Kharkiv kemudian membuat laporan polis.

Polis dan sukarelawan mula melakukan carian di hutan berhampiran stesen itu dan 24 jam kemudian mereka menemui mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna.

“Dua ekor ayam yang dipenggal kepalanya digantung dekat dengannya, wajah gadis itu dipenuhi darah.”

Jurucakap polis Viktoria Zinovyeva berkata pemeriksaan forensik, mangsa telah diperkosa dan dicekik sehingga mati.”

Polis mencari suspek lelaki berumur antara 35 dan 45 tahun yang kali terakhir dilihat oleh penduduk tempatan berhampiran stesen kereta api sebelum mangsa hilang.

Walaubagaimanapun sehingga kini tiada penangkapan dibuat setakat ini. -Mirror

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.