Latheefa Koya Pertikai Lawatan Wan Azizah di Sarawak Sebelum Pemilihan

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya mempersoalkan lawatan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Julau, Sarawak, semalam menjelang pemilihan negeri itu yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Apatah lagi menurut Lhatheefa, Timbalan Perdana Menteri itu mengumumkan peruntukan jalan sebanyak RM100,000 di situ.

“Ini diumumkan dengan kehadiran Sng, yang juga calon di bahagian Julau dan jawatankuasa pusat parti.

“Dalam keadaan ini, penting bagi Timbalan Perdana Menteri menerangkan sebab lawatannya ke Julau menjelang pemilihan PKR Sarawak. Orang ramai berhak tahu,” kata Latheefa.

Menggelarkan lawatan itu “tidak wajar dan sangat dipersoalkan”, peguam PKR itu menyatakan beberapa kontroversi yang dikaitkan dengan bahagian Julau termasuk laporan kenaikan mendadak keahlian kepada 13,000.

“Ahli Parlimen Julau, Larry Sng juga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Latheefa berkata Wan Azizah boeh melawat Julau selepas pemilihan parti, namun memilih bertindak demikian sebaliknya.

“Tiada alasan yang dapat difikirkan mengapa lawatan Wan Azizah mesti dibuat menjelang pemilihan PKR di Sarawak. Kenapa timbalan perdana menteri tidak melawat selepas pemilihan parti?”katanya lagi.

Kenaikan keahlian yang mendadak baru-baru ini menurut beliau menjadikan bahagian Julau kini mempunyai antara keahlian terbesar PKR di Sarawak.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.