‘Kecekapan’ Pakatan Harapan Memburukkan Ekonomi Negara – Najib
KUALA LUMPUR – Hasil ‘kecekapan’ Pakatan Harapan ekonomi negara kita semakin teruk, demikian seloroh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kerajaan itu tambahnya hanya memberi gambaran bahawa parti mereka akan memperkukuhkan ekonomi yang merupakan pembohongan semata.
“Dalam bahasa mudahnya, kerajaan HARAPAN cuba beri gambaran semuanya okay, tapi sebenarnya hasil ‘kecekapan’ mereka uruskan negara, keadaan negara dan ekonomi kita semakin teruk.
“Fenomena ‘jika Najib Razak turun maka semuanya bertambah kukuh’ satu pembohongan dan tidak benar sama sekali.
“Yang kukuh cuma gaji RM berjuta menteri-menteri hari ini,” katanya menerusi Facebook.
Kenyataannya di media sosial itu disertakan laporan badan kajian Fitch Solutions Macro Research yang menurut Najib mewajarkan analisisnya sebelum ini mengenai prestasi ekonomi pentadbiran Pakatan Harapan.
“Fitch kata, bukan Najib Razak. Walaupun saya telah memberi amaran dan analisis sama beberapa bulan ini,” katanya.
Di samping itu, beliau juga mengatakan Fitch Research beranggapan unjuran kerajaan mengenai pertumbuhan KDNK sebanyak 4.9 peratus pada tahun depan sebagai terlalu optimistik.
Sebaliknya, ia menjangkakan pertumbuhan KDNK pada kadar purata 4.4 peratus setahun antara 2019 dan 2011, berbanding unjuran kerajaan kira-kira lima peratus.-SuaraTv
PH TAU URUS NEGARA INI TANPA RASUAH?? TK PERLU NASIHAT !!