Jangan Sibuk Mengutuk, Nasihat Bung Mokhtar Kepada KJ, Lokman

SHAH ALAM – Pertelingkahan antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang masih belum berakhir mendapat pelbagai reaksi bukan hanya di kalangan rakyat, malah pemimpin parti itu sendiri.

Hari ini menerusi Twitternya, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut tidak ketinggalan membuat teguran terhadap ke dua pemimpin tersebut.

Menurutnya, walaupun setiap individu diberi kebebasan bersuara, namun itu bukan tiket untuk mereka saling kutuk mengutuk antara satu sama lain secara terbuka.

Malah, beliau berkata, apa yang perlu dilakukan untuk Umno buat masa ini adalah memberi fokus sepenuhnya terhadap perancangan yang ditetapkan.

“My dear @khairiKJ_ @LokmanAdam, I know we have freedom of speech, but please stop condemning each other openly in the public. We must focus on our goals,” katanya menerusi akaun Twitternya, hari ini. – SINAR HARIAN

One thought on “Jangan Sibuk Mengutuk, Nasihat Bung Mokhtar Kepada KJ, Lokman

  • November 7, 2018 at 3:38 pm
    Permalink

    Bgslah da gaduh?? Huruhara da dia org ni!! Yg tegur 2×5 5×2..sama je spesis..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.