Ezam Nor Dakwa Wan Azizah Guna Dana Kerajaan Umpan Sokongan Calon Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR – Hisbah Centre for Reform menggesa kerajaan menyiasat timbalan perdana menteri kerana melanggar etika kewangan negara ketika berkunjung ke Sarawak.

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) merujuk tindakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat pengumuman dana di kawasan yang ada kaitan dengan calon pemilihan PKR.

“Menggunakan dana negara sebagai satu bentuk umpan menarik sokongan politik terhadap seseorang calon atau kumpulan calon didalam sesebuah parti adalah satu kesalahan serius dan salahguna kuasa,” kata Datuk Mohamed Ezam Mohd Noor di Facebook hari ini.

“Kami sekali lagi merakamkan rasa amat kesal di atas pelanggaran etika kewangan ini yang dilakukan sendiri pimpinan tertinggi sebuah kerajaan yang komited melakukan perubahan dan reformasi”.

Turut mengecam, pemimpin PKR Latheefa Koya yang mempersoal lawatan Wan Azizah dibuat menjelang pemilihan parti Sabtu ini, selain didakwa menggunakan kedudukan dan aset kerajaan.

Ahli parlimen Pandan didakwa menggunakan jentera kerajaan atas kapasiti sebagai timbalan perdana menteri serta menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk lawatan itu.

Wan Azizah semalam hadir di sebuah daerah di Sarawak bersama seorang calon yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan politik wang.

Dalam lawatan tersebut, presiden PKR mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk kawasan yang ada kaitan dengan calon itu, disebut-sebut sebagai penyokong kem Rafizi Ramli. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.