Anggap Belum Selesai, Musa Mahu Buat Rayuan

KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Aman akan membuat rayuan terhadap mahkamah berkaitan keputusan hari ini yang menolak kes pemula yang difailkannya berkaitan Ketua Menteri Sabah. 

Jelas beliau, pendiriannya untuk meneruskan kes tersebut adalah demi Perlembagaan Negeri yang sepatutnya ditegakkan, bukan semata-mata kerana jawatan yang ingin kembali diraihnya. 

“Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri atau tidak.

“Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat KM. Saya berpendapat bahawa isu ini belum selesai sepenuhnya pada hari ini. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini,” katanya menerusi kenyataan. 

Hari ini mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak kes pemula yang difailkan Musa berkaitan isu pelantikan Ketua Menteri Sabah.

Sehubungan itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Hakim Datuk Yew Jen Kie dalam penghakimannya menegaskan tindakan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah yang menyokong pakatan Parti Warisan Sabah (WARISAN), DAP dan PKR membuktikan Musa hilang penguasaan terhadap majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tidak timbul isu Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bertindak ultra vires dengan menyingkirkan Musa kerana beliau (Musa) dianggap sudah mengosongkan pejabat apabila menolak meletakkan jawatan selepas hilang majoriti.

Jen Kie turut memutuskan bahawa Juhar boleh bergantung kepada enam perakuan bersumpah dibuat ADUN BN yang menyokong Mohd Shafie bagi membuat keputusan bahawa Musa hilang penguasaan majoriti DUN.

Musa dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada keluarga, pasukan pegiam dan penyokongnya.-SuaraTv

2 thoughts on “Anggap Belum Selesai, Musa Mahu Buat Rayuan

  • November 8, 2018 at 12:40 am
    Permalink

    Kes sudah selesai.tahniah Dato Seri Mohd Shafie Afdal ketua Menteri Sabah!! Tahniah Dato ! Dato juga antara 3 menteri yg protes 1mdb! yg lain duk diam takut hilang jawatan walau tau kerajaan sudah seleweng dana?? Kalau jujur ikhlas amanah tetap ada rezeki walau datang apa halangan??? Kalah tetap tk puas hati?? Nk lawan undang2 ker?? Lawan lah untung2 kalah!! Sikap dia orang mcm tu?? Spesis sama jer?? PH terbaik!!

    Reply
  • November 8, 2018 at 7:08 pm
    Permalink

    Rakyat alan tahu dn nilai mana intan mana kaca?? Jgn perangai buruk tk terima kalah? Rakyat pilih?? Hati busuk dengki khianat irihati takbur bongkak sombong bodoh angkuh dilaknat allah swt..!! Nk lawan undang2 ke nk lawan hukum tuhan allah swt??????????????????? Pakai otak lah..!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.