13 ADUN Di Sabah Bakal Sertai GBS Bentuk Kerajaan Baru?

KOTA KINABALU – Sebanyak 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini dikatakan bakal menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) bagi membentuk kerajaan baharu.

Menurut sumber, kesemua mereka hanya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi pada pukul 2.30 petang ini yang akan menentukan siapa Ketua Menteri yang sah antara bekas penjawatnya, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Pasti 13 orang akan sertai GBS. Tunggu sehingga keputusan mahkamah selesai,” kata sumber itu kepada Utusan Online di sini petang ini.

Sementara itu, Musa yang didakwa di Kuala Lumpur kelmarin atas tuduhan rasuah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira pukul 1 petang tadi.

Sumber berkata, Musa tidak akan hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu dan telah memanggil kesemua ADUN berkenaan untuk berjumpa di rumahnya di Luyang.

Dalam pada itu, kira-kira 500 penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini bagi memberi sokongan kepada Mohd. Shafie. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.