Viral, Telinga Anjing Mirip Muka Donald Trump

Seekor anjing berusia dua tahun yang berasal dari UK menjadi viral kerana terdapat tanda khas di tubuhnya. Pada telinga anjing yang diberikan nama Chef itu, terdapat ukiran bentuk yang menyerupai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Dilaporkan dari Mirror, pemilik anjing itu, Jade Robinson, pada mulanya sedang membersihkan Chef kerana terkena hujan.

Ketika sampai di bahagian telinga, Robinson menemukan ukiran bentuk yang luar biasa.

Dia kemudiannya mengambil gambar dan memeriksanya berulang kali menggunakan zoom.

Wanita itu  turut menunjukkannya pada rakan rakannya sebelum dia benar-benar yakin bentuk di telinga itu mirip dengan Trump.

“Saya tidak percaya dengan yang apa yang saya lihat. Saya memeriksanya sebanyak 20 kali,” kata Robinson.

Jaine Pinchen, pemilik pusat penjagaan anjing Rabison mengatakan bahawa dengan adanya ukiran bentuk seperti wajah Trump di telinga Chef itu, ia pasti boleh menyakitkan Chef.

Anjing itu juga perlu dibawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.