Video: Najib, Rosmah Lawat Mangsa Banjir Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini, kira-kira jam 10.40 pagi, tadi.

Ketibaan perdana menteri bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Najib juga dijadualkan akan melawat seramai 320 orang mangsa banjir yang ditempatkan di sini sejak beberapa hari lalu sejurus selepas mendengar taklimat tersebut.

Beliau kemudiannya akan meneruskan sesi lawatan mangsa-mangsa banjir di Tanjung Putus, Permatang Pauh dan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua.

Perdana Menteri hari ini mengetepikan perbezaan politiknya dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan melawat negeri yang dilanda banjir paling teruk dalam sejarahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.