PM Diberi Taklimat Perkembangan Banjir Di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah di sini hari ini diberi taklimat perkembangan banjir di Pulau Pinang.

Perdana Menteri diberi taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus sebaik tiba kira-kira pukl 10.40 pagi.

Pengarah Jabatan Parit dan Saliran negeri, Sabri Abdul Muluk turut memberi taklimat mengenai punca kejadian serta langkah jangka pendek mengatasi masalah itu.

Perdana menteri dijadual bergerak ke Kampung Tanjung Putus, di Permatang Pauh dan Masjid Nyior Sebatang, di Tasek Gelugor untuk melawat kira-kira 200 mangsa banjir di situ.

Selepas taklimat Rosmah menyampaikan sumbangan BAKTI berjumlah RM10,000 dan RM40,000 Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia kepada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut hadir pada sesi taklimat itu.  – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.