Penjaga Zoo Diserang Harimau, Kini Bertarung Nyawa

Ngeri…seorang penjaga zoo wanita telah diserang oleh seekor harimau Siberia ketika dia membawakan makanan kepada binatang berkenaan, di depan pengunjung Zoo Kaliningrad di Rusia.

Binatang berkenaan yang dinamakan sebagai Typhoon, telah mencakar dan menerkam Nadezhda Srivastavsprang selepas kandangnya secara tidak sengaja telah terbuka.

Pengunjung yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan. Ada juga yang membalingkan batu kepada harimau berkenaan sehingga ia beredar.

Manakala beberapa pengunjung lelaki pula mengambil kerusi dan meja dari kafe berhampiran lalu melemparkannya ke pagar untuk mengalihkan perhatian binatang berkenaan.

Nadezhda Srivastavsprang

Nadezhda mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, pihak zoo menyalahkan Nadezhda, 44, kerana mendakwa dia telah mencabuli peraturan keselamatan ketika memberikan makanan kepada harimau berkenaan.

Pihak zoo bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai apa yang disifatkan sebagai mencabuli peraturan keselamatan berkenaan namun dipercayai harimau tersebut tidak diletakkan dalam kawasannya dengan sempurna sebelum Nadezhda masuk ke situ.

“Keadaannya stabil. Tiada ancaman nyawa. Berdasarkan siasatan awal yang diperolehi daripada penyiasatan dalaman, tragedi itu berlaku akibat pencabulan peraturan keselamatan oleh pekerja ketika menjalankan tugasnya,” kata jurucakap zoo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.