Pelakon Drama Sorok Tin Ganja Dalam Kereta

KUALA LUMPUR — Pelakon drama dan model sambilan ditahan selepas polis menemui ganja dalam keretanya.

Ganja dalam tin disembunyikan di tempat duduk pemandu ketika pemeriksaan polis di sebuah stesen minyak sekitar jam 1.30 pagi, lapor Metro.

Pelakon itu, 25, ditahan bersama rakan dan adik lelakinya, 24, di Jalan Bukit Setiawangsa di sini Sabtu lalu sebelum dibawa ke balai polis.

“Hasil ujian air kencing juga didapati lelaki itu positif dadah,” kata sumber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.