Kerana iPhone X, Pelajar Sanggup tanggalkan Baju

Seorang pelatih guru yang berusia 19 tahun, sanggup menanggalkan bajunya di khalayak ramai di sebuah kelab malam, selepas dijanjikan iPhone X.

Remaja itu yang hanya dikenali sebagai Yevgenya S, hanya menutup payu daranya dengan tangan selepas membuka baju. Namun dia akhirnya hanya diberikan telefon bimbit murah, yang diambil dari dalam begnya.

Kejadian berlaku di Troitsk, Rusia. Selepas video berkenaan tersebar, pelajar di sebuah kolej itu telah dibuang.

Menurut pelajar berkenaan, dia berbuat demikian selepas melihat rakan lelakinya melakukan perkara sama di kelab malam berkenaan.

“Kami sedang bergembira, minum dan pertandingan pun bermula. Ia dimulakan dengan lelaki sebelum sampai giliran saya,’’ katanya.

Sementara itu, ibunya, Elena, dilaporkan terpaksa melakukan beberapa pekerjaan untuk membiayai pengajian anaknya itu.

“Anak saya sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Dia bukan lagi 15 tahun, dia sepatutnya berfikir,’’ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.