Kedua Ibu Bapa Miliki Tinggi Hampir 182 cm, Tetapi Ketika Anak Mereka Lahir Disebaliknya Yang terjadi

Kehadiran anak pertama pastinya selalu ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri baru.

Hal itu juga yang turut dirasakan oleh pasangan yang berasal dari Sydney, Australia bernama Jaime Jenkins (23) dan Jakob Lang.

Namun, ketika pemeriksaan USG di minggu ke-12, doktor mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada kandungan mereka.

Hari demi hari kandungannya semakin membesar namun keduanya masih belum tahu apa yang terjadi dengan bayi mereka yang masih dalam kandungan itu.

Seperti yang dilaporkan dari Daily Mail, beberapa minggu sebelum Jaime bersalin, doktor memberi tahu perkara yang menyedihkan.

Doktor mengatakan bahawa anak mereka tidak memiliki jaringan paru-paru.

Jaime dan putrinya

Doktor menyarankan Jaime untuk mengugurkan kandungannya.

Namun Jaime berkata, “Aku boleh merasakan tendangannya. Kami pun sudah memberina nama. Tidak mungkin aku tidak memberinya peluang untuk hidup.”

Akhirnya Jaime tidak menggugurkan kandungannya.

Helena lahir

Ketika bayi perempuan yang bernama Helena, lahir, Jaime dan suami sudah bersedia dengan apa juga kemungkinan yang akan berlaku pada anaknya itu. Kerana doktor Sebab  mengatakan peluang untuk Helena hidup amat tipis.

Helena

Walau bagaimanapun, siapa sangka Helena malah bertahan hidup.  Helena semakin kuat dan lebih kuat setiap hari. Kesihatannya mengejutkan ibu bapanya begitu juga doktor.

Setelah berusia 6 minggu, penyakit Helena sebenarnya berjaya diketahui. Helena menderita salah satu jenis kekerdilan yang jarang berlaku, iaitu diastrophic dysplasia.

Helena

Disebabkan keadaannya itu, Helena hampir menemui ajalnya tiga kali. DIa juga harus menjalani beberapa kali pembedahan, dan terpaksa tinggal dihospital selama tiga bulan pertama.

Ketika itulah ibu bapanya  mempelajari bagaimana merawat Helena dengan baik kerana anaknya itu memerlukan rawatan yang berbeza serta waktu yang banyak.

Helena

Sementara itu, kedua orang tua Helena baru tahu bahawa mereka memilik gen kerdil walaupun tinggi badan mereka hampir mencapai 182 cm.

Jaime dan suaminya belum memutuskan untuk menambah anak lagi kerana ada 33,33% kemungkinan anak yang akan lahir mengalami keadaan yang sama dengan Helena. Demi memberi semangat pada hidup Helena, Jaime dan suami selalu mendandani Helena seperti puteri.

Helena

Helena kelihatan gembira kerana dia selalu tersenyum disetiap gambarnya. DIa juga mempunyai kontrak modelling pertamanya, di mana baju-baju custom disediakan khas untuk Helena. Kedua orang tua Helena berkongsi perjalanan hidup anaknya melalui akaun Facebook Helena Estelle Lang – diastrophic dysplasia.

Helena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.