Insan Yang Sering Diburuk-burukkan Inilah Yang Datang Bantu LGE

Gambar ini menceritakan segala-galanya. Meskipun DAP membuat cerita buruk dan menghina beliau, namun isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berdendam. Malahan beliau sanggup bertemu dan bersalaman dengan Setiausaha Agung DAP yang juga ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sama seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Rosmah juga mengetepikan segalanya atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab terhadap mereka yang ditimpa musibah akibat banjir di Pulau Pinang.

Gambar ini menjadi viral di media sosial. Apa yang penting Rosmah dan Najib tidak mengendahkan semua kecaman oleh pembangkang terhadap mereka sebaliknya mereka berjiwa besar dan berlapang dada turun ke negeri yang diperintah oleh DAP ini.

Bayangkanlah jika kerajaan persekutuan tidak mengendahkan rayuan Guan Eng supaya membantu negeri itu yang dilanda banjir hingga melumpuhkan Pulang Pinang, apa yang akan berlaku agaknya?

Tapi demi kerana tanggungjawab terhadap rakyat, kerajaan persekutuan tidak memilih negeri dan bantuan juga telah dikerahkan dengan segera oleh Najib.

Sama seperti yang dilakukan di Kelantan, ketika negeri itu dilanda banjir teruk beberapa tahun lepas, bantuan sama turut digerakkan kerajaan persekutuan di Pulau Pinang.

Hakikatnya, orang yang dituduh sebagai korup itulah yang membantu. Dulu ketika Najib diserang dengan fitnah berkaitan dana politik sebanyak RM2.6 bilion dan isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Guan Eng yang paling lantang mendesak beliau bercuti seketika, kononnya sehingga siasatan selesai.

Namun selepas Guan Eng sendiri berdepan dengan isu rasuah melibatkan pembelian banglo mewah di mahkamah, beliau sendiri tidak meletak jawatan atau bercuti.

Dan kini, orang yang dimintanya bercuti itulah yang membantu beliau. Najib juga meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan musibah banjir yang berlaku di Pulau Pinang ketika ini. Ternyata beliau memang berjiwa besar.

2 thoughts on “Insan Yang Sering Diburuk-burukkan Inilah Yang Datang Bantu LGE

  • June 23, 2018 at 1:41 am
    Permalink

    yelah…dah terpaksa media rakam memanglah….dlm hati tak tau lah…apa pun tak kisahlah…yg penting umno dah kalah…. hidup PH DAN LGE….

    Reply
    • March 23, 2019 at 12:37 am
      Permalink

      Kalah x bererti kau dh menang.. manusia x sedar diri

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.