Individu Nyahaktif Akaun Twitter Trump Dicadang Jadi Calon Hadiah Nobel Keamanan

Individu yang bertanggungjawab menyebabkan akaun Twitter Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ternyahaktif selama 11 minit pada Jumaat, dicalonkan netizen untuk meraih Hadiah Nobel Keamanan.

Menurut Agensi, Twitter dalam satu maklum balas selepas insiden itu memberitahu, ia berpunca daripada satu kesilapan tidak disengajakan oleh salah seorang petugasnya, lapor Awani.

Secara kebetulan, petugas itu melakukan kesilapan berkenaan pada hari terakhir dia bertugas.

Agak melucukan apabila petugas yang sehingga kini tidak diketahui identiti itu kini mempunyai ‘kelab peminat’ tersendiri.

Di Twitter, netizen mengangkat individu tersebut sebagai hero, malah ada yang mencadangkan dia dimasukkan dalam pencalonan Hadiah Nobel.

Ini kerana, kata mereka, tanpa Trump di Twitter, laman sosial itu akan menjadi lebih ‘aman’.

Presiden ke-45 Amerika Syarikat itu sememangnya aktif di Twitter, malah cukup terkenal dengan status-status bernada kontroversi.

Pada khamis, kira-kira jam 7 malam waktu tempatan, laporan media sosial mendapati akaun twitter  @realdonaldtrump tidak dijumpai dan mengeluarkan mesej ‘akaun tidak wujud’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.