Honda Jazz Hybrid Diumum Kereta Terbaik 2017

Honda Jazz Hybrid diumumkan sebagai  ‘Kereta Terbaik Tahun 2017’ pada majlis Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Malaysia 2017 (COTY) di sini malam ini.

Honda dan Mercedes-Benz adalah pemenang terbesar acara berkenaan, masing-masing merangkul lima anugerah dalam pelbagai kategori, lapor Bernama.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Madani Sahari berkata acara itu merupakan sebahagian daripada Malaysia Autoshow 2017, yang dijadualkan berlangsung mulai 9 hingga 12 Nov ini di Malaysia Agro Exposition Park di Serdang.

“Pemenang COTY 2017, bersama-sama beberapa model lain akan dipamerkan untuk pelawat melihat dan mengalaminya di Malaysia Autoshow 2017,” kata beliau dan menambah yang acara tersebut dijangka menarik sehingga 250,000 pelawat.

Pemenang pada acara malan ini juga termasuk  jenama kereta utama lain seperti BMW, Honda, Hyundai, Jaguar, Kia, Mazda, Perodua, Porsche, Proton, Subaru dan Toyota manakala Tan Chong Group diiktiraf di atas peranannya dalam memperjuangkan mobiliti mampan.

COTY Malaysia ke-16 juga mengiktiraf  individu yang memberi sumbangan cemerlang kepada industri automotif negara.

Mereka termasuk Datuk Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, yang diumum sebagai ‘’Tokok Automotif 2017’’ di atas kepimpinannya yang berwawasan.

Majlis itu dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Ahmad Maslan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.