Fathia Latiff Dikecam Netizen Gara-Gara Sindir PM

KUALA LUMPUR – Fathia Latiff yang sebelum ini mencetuskan kontroversi berpakaian seksi dan membuat tarian separuh bogel secara live menerusi aplikasi Bigo sekali lagi mengundang kecaman netizen.

Menulis di akaun twitternya, Fathia secara sinis mempersoalkan kenapa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak meninjau mangsa banjir di Pulau Pinang.

Fathia dipercayai tidak menyedari Najib sejak awal lagi telah memantau perkembangan semasa dan telah mengarahkan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bencana Negara meninjau lebih dekat keadaan banjir di sana.

“Salam Mr President, tak pergi ke jenguk-jenguk kat Pulau Pinang,” soalnya pada status awal yang kemudian dikritik netizen kerana artis itu gagal membezakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.

“Dah start tunjuk bangang minah bigo ni. Bila pula Malaysia ada Presiden,” kata Romy Irwan Shah, yang kemudiannya komen itu dipadamkan oleh Fathia.

Namun terkesan dengan kritikan netizen, Fathia menukar statusnya dari Mr President kepada Mr Prime Minister dengan nada persoalan yang sama.

Tidak terhenti di situ, netizen tetap mempertikaikan sindiran Fathia yang disifatkan gemar mencari publisiti murahan.

“Ada TPM siap LGE call 3.am lagi. Kerajaan yang kau kutuk itu lah yang bantu. Takkan semua perkare PM kena turun,” ujar Jabdin menjelaskan situasi sebenar.

“Orang-orang PM dah ramai pergi membantu. Cik Bigo bila nak pergi membantu,” soal Khairul Anuar Tahir secara sinis.

“Minah bigo suam-suam kuku nak tarik perhatian saja ni. Dia ni terdesak nak popular,” kata Kalam Azad pula.

“Haha. Kesian Cik Tia kena tembak ye. Lain kali cari publisiti biar intelektual,bukan publisiti murah mcm bigo live. Kikikiki,” komen Rashidin Teh.

Mungkin tidak tahan dikritik dan dikecam netizen, Fathia dikatakan telah menghalang akses beberapa pengguna twitter dari menulis komen di akaunnya.

Sehingga kini status twitter itu diulang tweet 393 kali dan mendapat 223 komen yang kebanyakannya mengkritik artis tersebut.

Selain kontroversi tarian separuh bogel menerusi Bigo Live, Fathia juga pernah terpalit kontroversi isu ‘cashless’ yang difahaminya sebagai sistem barter sedangkan maksud sebenar cashless ialah urusniaga secara digital tanpa melibatkan penggunaan wang kertas. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.