Dulu Pakatan Kata TRX 1MDB Projek Yang Gagal – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 7 November 2017

Sesetengah orang Pakatan masih berkata TRX 1MDB adalah projek yang gagal.

Berikut adalah gambar tapak pada hujung bulan Oktober 2017.

Pembinaan Signature Tower sangat pantas dan kini lebih tinggi dari menara lain. Digelar The Exchange 106, menara itu mempunyai 106 tingkat dan adalah 40 meter lebih tinggi daripada KLCC.

Pembinaan ibu pejabat Prudential yang terletak berhampiran juga nampaknya berjalan dengan pantas, begitu juga dengan pusat gaya hidup yang berdekatan yang sedang dibangunkan dengan usaha sama 60-40 antara Lend Lease Australia dan 1MDB.

Stesen MRT baru di TRX juga sudah dibuka di sana.

TRX bahkan tidak mengenakan bayaran kepada MRT Corp untuk tanah untuk membina stesen itu tetapi telah membuat perjanjian di mana TRX boleh membina di atas stesen itu sementara MRT mendapat hak pembangunan di bawah tanah secara percuma.

Pada masa akan datang, stesen ini akan menjadi hentian MRT ke Bandar Malaysia di mana anda boleh pergi terus ke Singapura dengan menaiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi – bermakna bahawa anda boleh makan tengahari di TRX dan kemudian berada di Singapura pada jam 3 petang.

Pelbagai Perbadanan Multinasional (MNC) dengan nama besar juga kini telah mengumumkan bahawa mereka telah membeli plot untuk membina ibu pejabat ASEAN mereka di sana.

Saya faham bahawa terdapat juga beberapa bank yang sudah hampir menandatangani atau telah menandatangani tetapi belum diumumkan.

Semalam, HSBC mengumumkan bahawa ia telah melantik syarikat tempatan IJM Bhd untuk membina ibu pejabat serantaunya yang dijadualkan untuk penyerahan pada Disember 2020. HSBC berkata mereka melabur RM1 bilion untuk pembinaan ini.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/11/06/hsbc-bank-malaysia-appoints-ijm-to-build-its-hq-at-trx/

Tabung Haji, yang telah diserang dengan dasyat oleh Mahathir dan Pakatan kerana membeli sebidang tanah di sana, kini nampaknya telah membuat keuntungan besar kerana mereka membayar jauh lebih rendah daripada syarikat-syarikat lain yang melabur kemudian.

Tabung Haji kini boleh mentertawakan Mahathir dan Pakatan kerana tidak berpandangan jauh. Mereka yang telah turut menyerang Tabung Haji – terutamanya yang mempunyai tabungan dengan TH yang akan mendapat manfaat daripada keuntungan ini – kini harus meminta maaf kepada Tabung Haji kerana disesatkan oleh Pakatan.

Nampaknya visi Najib untuk TRX menjadi hab kewangan untuk Malaysia dan rantau ini mula menampakkan bentuknya.

Beribu-ribu pekerjaan telah diwujudkan dan berbilion-bilion dalam pelaburan telah dibawa masuk. Apabila pusat itu selesai, puluhan ribu orang akan mendapat peluang pekerjaan dan berbilion-bilion aktiviti ekonomi akan diwujudkan setiap tahun.

Sementara itu, RM32 bilion yang lesap dalam skandal BNM Mahathir tidak memberi sebarang manfaat kepada sesiapa pun dan tidak membina apa-apa pun…

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.