Doktor Ini Sanggup Berkorban Teruskan Pembedahan Pesakitnya, Walaupun Mendapat Berita Kematian Ayahnya

Kerjaya seorang doktor merupakan salah satu pekerjaan paling mulia di dunia. Ini kerana anda memiliki kekuatan untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

Itulah yang dilakukan oleh doktor yang tidak mementingkan diri ini. Bahkan, dia rela mengorbankan diri melihat orang yang dicintai untuk terakhir kali demi menyelamatkan pesakit.

Seperti dilaporkan dari Oriental Daily, doktor ini tidak dapat bertemu dengan ayahnya buat terakhir kali kerana dia perlu melakukan pembedahan pada pesakitnya .

Dia boleh sahaja untuk tidak melakukan pembedahan itu, tapi dia memutuskan untuk menyelesaikan pembedahan terhadap pesakitnya itu.

Zhang Xinzhi, merupakan doktor yang berusia 55 tahun dari Anhui, China, itu menyedari ayahnya berada dalam keadaan kritikal.

Zhang telah melawat ayahnya sebelum melakukan pembedahan dan memberitahu dia diperlukan di bilik pembedahan segera.

Ayahnya yang sudah tua memahami dan memberinya senyuman dan mengangguk sebelum Zhang pergi.

Namun, semasa dia mula bersiap untuk melakukan pembedahan, Zhang menerima berita bahawa ayahnya telah meninggal dunia.

Zhang memutuskan untuk tetap kuat dan menahan air matanya bagi melakukan pembedahan terlebih dahulu.

Selama pembedahan, dia menerima beberapa panggilan namun, dia mengabaikannya.

Dia memilih untuk memberi perhatian pada pesakitnya.

Dua jam kemudian, pembedahan tersebut berjaya diselesaikan dan akhirnya, Zhang tidak dapat menahan kesedihannya lagi.

Dia berjalan keluar dari ruang pembedahan dan terus menangis. Rakan- rakannya terkejut melihat Zhang menangis kerana mereka tidak tahu tentang kematian ayah tercintanya ketika itu.

Zhang, yang merupakan seorang doktor terkenal dan mempunyai pengalaman lebih dari 33 tahun mengatakan:

“Pada hari itu, saya benar-benar sedih kerana saya tidak dapat berada di sisi ayah saya. Saya merasa sangat bersalah kerana tidak dapat menemuinya untuk  kali terakhir.Tapi saya seorang doktor dan menyelamatkan nyawa pesakit saya juga penting,” katanya.

Netizen yang mendengar tentang hal ini memujinya. Zhang bagaimanapun dengan rendah hati mengatakan bahawa dia yakin setiap doktor akan melakukan perkara yang sama.

“Meskipun saya menyesal tidak bertemu dengan ayah saya untuk yang terakhir kalinya, saya tahu dia akan memahami dan menyokong keputusan saya kerana dia tahu saya bukan hanya anaknya, tapi saya juga memiliki tanggung jawab besar sebagai doktor,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.