Cucu Tikam Leher Datuk Hingga Meninggal

QUEENSLAND – Seorang wanita dari Queensland di Adelaide, Australia dihukum penjara 21 tahun tanpa parol kerana membunuh datuknya sendiri tahun lepas.

Brittney Jade Dwyer, 20 tahun, telah menikam mangsa di leher sebanyak empat kali dan membiarkan warga emas tersebut mati akibat pendarahan teruk pada Ogos tahun lalu, laporABC Australia, lapor Awani.

Brittney ketika itu dibantu rakannya Bernadette Burns, 22, yang dijatuhi hukuman penjara 13 tahun tanpa parol atas tuduhan bersubahat melakukan pembunuhan.

Mangsa, Robert Whitwell, 81, dilapor sempat membelek gambar zaman kanak-kanak Brittney sebelum ditikam cucunya itu di rumahnya di Craigmore.

Brittney dalam pendakwaan di hadapan Hakim Kevin Nicholson di Mahkamah Agung Australia Selatan mengaku bersalah dan berkata dia bertindak begitu kerana mahu mencuri wang simpanan datuknya sebanyak A$100,000 selain terpengaruh dengan drama bersiri tentang pembunuhan.

Hakim ketika menjatuhkan hukuman berkata masalah personaliti serta ketagihan dadah menjadi penyumbang kepada insiden dan menyifatkan kes berkenaan sebagai kejam dan terancang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.