Bukan Takut Peminat Serbu- Aqasha

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Aqasha menepis dakwaan dia takut diserbu peminat kerana hanya sering ditemani pengawal peribadi semasa menyertai Gegar Vaganza musim keempat.

 

Jelasnya, semua ‘pengawal peribadi’ itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kru-kru yang menguruskan dia sepanjang program itu berlangsung.

“Sebenarnya mereka adalah pasukan The A Team yang menguruskan saya termasuk sesi bertemu peminat dan keperluan saya sepanjang program.

“Mereka sengaja menjiwai karakter pengawal peribadi. Bukan sebab takut peminat serbu atau menakut-nakutkan peminat.

“Bila mereka ada, lebih senang untuk kita menguruskan sesi bertemu peminat,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.