Beberapa Kawasan Di Klang dan Shah Alam Dilanda Banjir Kilat

KLANG – Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam ditenggelami air susulan kejadian hujan lebat selama beberapa jam pada awal pagi Selasa.

Mohd Sani berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) mula menerima panggilan seawal pukul 5 pagi.

Lokasi yang paling teruk terjejas adalah kediaman di kawasan tanah rendah.

Keadaan trafik di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang menjadi semakin sesak ketika itu.

Antara kawasan yang sesak adalah jejambat Bukit Raja, tol Sungai Rasau dan Padang Jawa.

Penduduk di Taman Rasah dan Bandar Bukit Raja terkandas untuk ke tempat kerja selepas air naik ke paras tiga kaki.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Taman Bukit Kemuning dan Kampung Bukit Naga di Seksyen 32 Shah Alam. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.