Wartawan Disyaki Terlibat Kes Bunuh

Pekan Baru – Seorang wartawan meja jenayah Indonesia disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki di Pekanbaru, Riau.

Edison Purba yang membuat liputan berhubung jenayah itu bersama dua lagi lagi suspek, ditahan seminggu selepas kejadian.

Penahanan dibuat selepas seorang daripada suspek menyerah diri, mengaku dan memberi keterangan kepada polis tidak menerima habuan hasil rompakan.

Mangsa dilaporkan dibunuh selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank di Pekanbaru.

Menurut polis, Edison yang bertugas dengan Pekanbaru-Express Dot Com, kembali ke lokasi kejadian dua jam kemudian, bagi membuat liputan.

Pekanbaru-Express Dot Com menyiarkan laporan edison bersama gambar menunjukkan mangsa berlumuran darah terbaring di atas jalan raya.

Dalam laporan itu, Edison menyatakan identiti mangsa sebagai mulyono, 35 tahun.

Namun tidak mengetahui pembunuh dan motifnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.