Obama Mahu $3.2 Bilion Untuk Serang IS

Washington – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan meminta perbelanjaan tambahan sebanyak AS$3.2 bilion bagi membiayai peperangan menentang kumpulan Negara Islam dan Syria (Isis) termasuk melatih pasukan keselamatan di Baghdad.

Dana itu dijangka membantu AS menambah semula bom yang telah digunakan selama ini dalam memerangi kumpulan Negara Islam (IS) selain membantu tentera Iraq dan pasukan keselamatan Kurdish menyerang IS dari darat.

Menurut Pentagon, ribuan serangan udara yang melibatkan ratusan bom sebelum ini telah menelan kos harian sebanyak AS$8.3 juta sehari.

Bagaimanapun penganalisis menyifatkan kos yang digunakan jauh lebih tinggi jika dikira secara keseluruhan termasuk penggunaan pesawat pengitip canggih.

Pentagon juga menyatakan bahawa serangan udara yang dimulakan dengan kerjasama negara lain pada 16 Oktober lalu telah menelan belanja sebanyak AS$580 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.