Lelaki Ludah Pegawai JPJ Kerana Tak Puas Hati

Kuaa Lumpur – Hanya kerana tidak berpuas hati, seorang lelaki bertindak meludah seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ketika itu terlibat dalam satu kemalangan.

Tindakan biadap lelaki itu yang dikenali sebagai Mohd Rahman Ramli dilakukan kerana bengang dengan peranan JPJ dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

Mohd Rahman Ramli:

“Hahaha. pagi tadi masa kat area besraya hiway. ada eksiden depan mata aku. superbike langgar belakang myvi. rider motor tercampak tengah jalan patah kaki. bila aku pergi nk tolong mangsa. laaa rupenye Staff jpj pakai unipom nk pi otw keje. haaa ambik aku ludah sedas siap aku maki2 budak tu sampai dia mengerang kesakitan mintak aku tolong. tapi aku buat taktau je. siap aku ludah kat dia sedas pastu tinggalkan dia langsung tak bagi pertolongan. pandai2 la kamu nk hidup wahai jpj oi.. pepandai la kamu call ambulan sendiri. haaa amik balik atas apa yg ko pnh buat kat orang selama ni.”

Jika sekalipun dia pernah dikenakan tindakan oleh JPJ, lelaki itu patut menunjukkan sikap kemanusiaannya dengan membantu seseorang yang sedang memerlukan pertolongan.

Dikhabarkan pegawai JPJ itu patah kaki.

Status lelaki itu mula viral di pelbagai laman sosial, termasuk Facebook.

Ada yang menyokong tindakannya, malah ada juga yang tidak bersetuju dengan menyifatkannya sebagai biadap.

Menariknya, ia turut dikongsikan oleh Facebook JPJ, namun turut menerima kecaman masyarakat negara yang rata-rata tidak bersetuju dengan syarat dan peraturan terbaharu agensi tersebut yang mengundang kontroversi.

 

Baca: Ops Khas: JPJ Terima Kecaman Hebat

5 thoughts on “Lelaki Ludah Pegawai JPJ Kerana Tak Puas Hati

  • November 8, 2014 at 11:19 am
    Permalink

    Org beruniform ni jlnkan tugas.. Kalau awak tu ikut undang2, dia xkan boleh nak ambik tindakan.. So, spit to your own face..

    Reply
  • November 9, 2014 at 2:37 pm
    Permalink

    sepatut nya kita kena tolong… walau pun dia cari duit untuk hidup dia pekawai polis ke jpj ke kerajaan ke x kesah asal kita akan dapat rezeki yg paling banyak sekali sebab tolong org setiap masa dlm kemalangan sekalipun… kalau org mcm ni x tolong pegawai jpj mcm tu bila dia kemalang x seorg yg akan tolong… org bkn org yg buat undang mcm tu pihak atas san jpj yg ketua jpj yg buat… kalau dia pun x nk buat undang mcm tu

    Reply
    • November 9, 2014 at 2:41 pm
      Permalink

      kalau ada yg tinggal ayat tu tolong maaf kan kesipan taip

      Reply
  • November 9, 2014 at 6:07 pm
    Permalink

    Kemalangan itu adakah disebabkan no plat kereta yg tidak mengikut spesifikasi … sumthg to think about

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.