Kawalan Ketat Di UiAM, Jelajah Kamus Himpinan Haram

Gombak –  LKetika lapan rakan mereka dari Universiti Malaya (UM) dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib universiti pagi ini, pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga berdepan dengan pentadbiran mereka apabila program yang mereka anjurkan disekat.

Mulai semalam, pihak pentadbiran UIA mula membuat kawalan ketat di pintu masuknya untuk menyekat program ‘Jelajah Mahasiswa’ yang dianjurkan oleh kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M).

Ia menyebabkan kesesakan teruk di pintu masuk universiti itu.

Sebagaimana UM menghadapi program Datuk Seri Anwar Ibrahim di universiti itu sebelum ini, semua program di kampus UIA malam tadi juga diarahkan pihak pentadbiran agar dibatalkan bagi menghadapi program Jelajah Mahasiswa ini.

Sekatan itu dibuat tanpa mengetahui program jelajah itu akan bermula malam ini selepas ia ditangguhkan.

Di sekitar kampus, pelbagai sepanduk dan papan tanda dinaikkan bagi melarang pelajar dari menyertai apa yang dinamakan sebagai ‘haram’ ini.

“Kami akan tetap meneruskan program ini,” kata seorang jurucakap Pro-M.

Program Jelajah Mahasiswa akan bermula di tangga besar Rektori UIA mulai jam 8.30 malam ini. Beberapa pemimpin pelajar dijangka akan memberikan ucapan sebelum mereka membacakan deklarasi pelajar.

Baru-baru ini, cermin kereta Pengerusi Pro-M dipecahkan. Ia disifatkan sebagai tindakan menakut-nakutkan dia yang banyak menguruskan program Jelajah Mahasiswa ini.

Kereta milik Muhammad Mujahid Sulaiman, 22, pelajar tahun 3 Kuliah Bahasa Arab, diserang dua lelaki tengah malam Rabu lepas, dipercayai bermotifkan ugutan.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.