Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Kuala Lumpur – Pelakon popular, Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan yang juga merupakan anak kedua hasil perkahwinan dengan suaminya, Rizal Ashram Ramli.

Menerusi laman sosial Instagram suaminya, @rizalashramrnt, sekeping gambar bayi perempuan dimuatnaik sekitar jam 9 pagi tadi.

Melalui perkongsian gambar berkenaan, Rizal juga memaklumkan Fasha dan anak perempuannya berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, bayi perempuan yang sihat. Selamat datang Putri Raysha Jemaiman dalam keluarga kami. Ibu dan anak sihat,” tulisnya.

Sebelum ini pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayfal Ramli yang berusia setahun lapan bulan.

Fasha sebelum ini disahkan hamil anak kedua dan mengharapkan mendapat cahaya mata perempuan.

Malah dia juga secara tidak sengaja telah mengumumkan jantina bayi kedua yang dikandungnya dalam laman sosial Instagramnya sebelum ini.

Kehadiran Putri Raysha Jemaiman kali ni melengkapkan kehidupan pasangan itu yang diijabkabul pada 27 April 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.