Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

Oleh: Zulkifli Mat Rawi

Kuala Lumpur – Seorang pensyarah Univerisiti Malaysia Kelantan (UMK) mengaku membuat laporan polis berhubung ‘karya plagiat’ dalam tesis Phd yang sediakan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.

Beliau turut menjelaskan laporan polis yang dibuat itu setelah melakukan kajian dan yakin dengan dakwaan tersebut.

“Hasil kajian dan penyelidikan, saya yakin seratus peratus tesis yang dilakukan oleh beliau (Prof Abu Hassan) itu merupakan hasil ‘ciplak’ daripada karya orang lain.

“Atas sebab itu saya membuat laporan polis berhubung salah laku tersebut” pensyarah yang enggan mendedahkan identitinya itu ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya laporan polis itu dibuat pada 1 November lalu di Balai Polis Bachok, Kelantan.

Di dalam laporanya itu, beliau menjelaskan menemui bukti yang menunjukkan tesis Prof Dr Abu Hassan tidak sah untuk penilaian akademik kerana telah ‘diciplak’ dari sebuah buku yang ditulis oleh Viola Shafik bertajuk ‘Arab Cinema History And Cultural Identity’.

Menurutnya lagi Prof Dr Abu HAssan sebelum dilantik sebagai dekan di UMK, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya.

Portal SuaraTV sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku yang dilakukan oleh seorang profesor dan penganalisis politik terkenal dari UMK yang berdepan dengan tuduhan plagiat ketika menyiapkan tesis kedoktoran di sebuah universti di luar negara.

Sehingga kini SuaraTV gagal menghubungi Prof Dr Abu Hassan bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini dan akan terus mencuba berhubung dengan beliau untuk pengesahan.

 

Baca: Sumber Dalaman UMK Dakwa Profesor Plagiat Mohon Letak Jawatan

 

Baca: Gara-Gara Laporan Profesor Dituduh Plagiat, UMK Tutup Akses Website?

 

Baca: Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor UMK Dituduh Ciplak Untuk Tesis Phd?

 

laporan polis prof abu hassan

8 thoughts on “Ciplak Karya: Pensyarah UMK Mengaku Buat Laporan Polis Terhadap Prof Abu Hassan

  • November 8, 2014 at 7:09 pm
    Permalink

    UMK Nafi Berlaku Plagiarisme Dalam Kalangan Ahli Akademiknya
    KOTA BAHARU, 8 Nov (Bernama) — Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menafikan berlaku plagiarisme dalam kalangan ahli akademik universiti berkenaan seperti yang didakwa di laman sosial Facebook beberapa hari lalu.

    Naib Canselornya Datuk Dr Raduan Che Rose berkata pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan telah melakukan siasatan.

    “Ini satu kes serius dan saya telah menyiasat perkara tersebut dengan memanggil kedua-dua individu terlibat iaitu individu yang kena tuduh dan individu yang membuat tuduhan untuk menyelesaikan perkara ini. Saya dapati ini disebabkan sedikit salah faham sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Citra 2014 UMK di Kampus Pengkalan Chepa di sini, Jumaat malam.

    Laman Facebook itu sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku yang kononnya dilakukan oleh seorang profesor dari UMK yang berdepan dengan tuduhan plagiat ketika menyiapkan tesis kedoktoran di sebuah universiti luar negara.

    Beliau berkata beliau telah menghubungi universiti luar negara berkenaan untuk memaklumkan perkara tersebut dan ini merupakan kes salah faham.

    Raduan yang juga Setiausaha Agung Majlis Profesor Negara berkata isu kredibiliti akademik menjadi satu perkara yang sangat penting dan pihaknya tidak ada toleransi sekiranya ia benar-benar berlaku.

    Beliau berkata perkara tersebut tidak perlu diperbesar kerana ia hanya satu salah faham dan telah diselesaikan selain menggesa ahli akademik untuk menumpukan usaha membangunkan UMK ke peringkat yang lebih dikenali.

    “Saya ingin melihat tenaga kita, usaha kita dan segala apa yang ada untuk membangunkan universiti bukan sama-sama bergaduh,” katanya.

    — BERNAMA

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.