Boateng Kekal Jurulatih Kelantan

Kota Bahru – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih mengekalkan George Boateng sebagai jurulatih skuad Kelantan bagi menghadpi Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata spekulasi mengenai kedatangan jurulatih baharu ke Kelantan adalah tidak benar.

“KAFA malam tadi telah memutuskan untuk mengekalkan Boateng semusim lagi dengan perancangan baharu yang lebih mantap.

“Boateng akan dibantu oleh Hashim Mustapa, Sideek Samsudin dan Ismail  Chawalit Abu Bakar,” kata Annuar dalam entri terbarunya dalam laman sosial  Facebooknya, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan masa depan Boateng menjadi tanda Tanya apabila KAFA dilaporkan tidak berminat untuk menyambung kontraknya dan  nama-nama seperti Mohd Azraai Khor Abdullah dan V. Sundramoorthy dikhabarkan  akan menjadi pengendali Kelantan yang baharu.

Beliau berkata pihaknya juga masih mengekalkan Azman Ibrahim sebagai  pengurus ‘The Red Warriors’ pada musim hadapan.

Sebagai rekod, pasukan Kelantan menduduki tangga keenam Liga Super musim ini dengan pungutan 31 mata selain mara ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.