Amaran Hujan Lebat Di Lembah Klang Hingga Ahad

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut kencang yang dijanga melanda beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran peringkat kuning itu dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

“Manakala hujan sederhana dan kadangkala lebat yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dijangka berterusan sehingga 9 November.

“Ribut petir dan hujan lebat di Selangor (Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat), Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka berterusan sehingga lewat petang Jumaat,” katanya.

Menerusi amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi pada tenghari tadi, angin kencang dan laut bergelora kategori pertama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu.

“Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam, dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Ahad, 9 November.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” katanya.

Malah, Jabatan Meteorologi turut mengeluarkan amaran ribut petir menyeluruh di kawasan perairan Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang dijangka berterusan sehingga awal malam Jumaat.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.