100 Siswa Berhimpun Di UM

Kuala Lumpur – Sekumpulan lebih 50 orang pelajar Universiti Malaya mula berhimpun seawal jam 9 pagi ini bagi menyatakan solidariti bersama lapan rakan mereka yang dihadapkan ke lembaga tatatertib universiti.

Kumpulan siswa berkenaan sebelum itu berarak dari perhentian bas utama, UM Sentral ke Kompleks Perdanasiswa dengan memakai riben berwarna biru.

Lapan orang rakan mereka, termasuk aktivis siswa Fahmi Zainol, berdepan dengan tindakan disingkir daripada universiti kerana menyertai perhimpunan yang dianggap haram bersama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, 27 Oktober lalu.

Tujuh individu – empat orang ahli akademik dan tiga orang siswa – mewakili tujuh daripada siswa berkenaan, manakala seorang lagi, Abraham Au, mewakili dirinya sendiri hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.