Zuraida Syak Dengan Kemenangan Rafizi Dalam Pemilihan PKR Di Pahang

KUALA LUMPUR – Zuraida Kamaruddin berkata pasukannya mengesyaki “kemenangan” calon timbalan presiden Rafizi Ramli pada pemilihan parti di Pahang semalam tetapi akan bersikap “gentleman” sehingga keputusan rasmi diumumkan bulan depan.

“Walaupun kita tahu ada perkara-perkara yang kita boleh syak, kita ‘gentleman’,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pemilihan di PKR Sentul hari ini.

Zuraida mencalonkan dirinya untuk jawatan naib presiden dan pasukannya sedang bersaing hebat dengan pasukan Rafizi Ramli, yang mahu merebut jawatan timbalan presiden daripada penyandang Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan kedudukan tinggi lain dalam PKR.

Semalam, Rafizi mengisytiharkan kemenangan di Pahang selepas 14 bahagian selesai memilih kepimpinan parti itu. Menurut Rafizi, dia memperoleh kemenangan di 8 bahagian dengan 2,383 undi, iaitu lebih 85 undi berbanding 2,298 undi yang diperoleh Azmin.

Zuraida bagaimanapun percaya pasukannya akan memenangi pemilihan parti apabila keputusan rasmi diumumkan bulan depan.

“Saya percaya akhirnya kita akan menang,” katanya, dan menambah pemilihan kali ini akan menguji kematangan ahli-ahli partinya.

“Mereka di bawah-bawah ini memilih berdasarkan ketua-ketua mereka yang mempengaruhi pengundi itu. Jadi dia ikut sahaja tanpa menilai pemimpin sebenarnya. Terpaksalah kita terima,” katanya.

Proses memilih kepemimpinan PKR bagi Wilayah Persekutuan bermula hari ini melibatkan 34,892 anggota dari 13 bahagian.

Pengundian bermula seawal 10.00 pagi tadi dan dijangka berakhir 5.00 petang. – FMT

One thought on “Zuraida Syak Dengan Kemenangan Rafizi Dalam Pemilihan PKR Di Pahang

  • October 7, 2018 at 11:31 pm
    Permalink

    tk yah lah nak jadi miss know all? baik jadi spy jer..drp jadi menteri??? semua tahu ye ker?? apa lah…..sedar diri lah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.