“Tiga Kali Saya Bersumpah”, Saiful Pertahan Diliwat Anwar

PORT DICKSON – Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Saiful Bukhari Azlan mempertahankan pendiriannya bahawa kes liwat membabitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar berlaku.

“Saya sudah report (lapor) polis, bersumpah tiga kali, satu di Masjid Wilayah Persekutuan, di Makkah dan di Mahkmah. Tapi dia (Anwar) tak pernah bersumpah,” katanya dalam ceramah kelompok bersama penduduk di Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson, malam tadi.

Saiful berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan seorang tetamu yang hadir pada majlis itu.

Wanita yang enggan namanya didedahkan itu bertanyakan Saiful sama ada kes liwat membabitkan beliau dengan Anwar benar-benar berlaku atau fitnah.

Saiful merupakan salah seorang daripada enam calon yang akan menentang Ketua Umum PKR itu dalam PRK Port Dickson. 

Ujar Saiful, keputusannya untuk bertanding dalam PRK itu adalah untuk menghalang kemaraan Anwar kerana ia boleh merosakkan negara.

Menyentuh mengenai pengampunan yang diterima Anwar, Saiful secara sinis berkata ‘individu yang berdosa’ biasanya akan memohon pengampunan.

“Dia (Anwar) akan jadi bakal PM paling lama…perlu untuk saya menghalang seseorang itu ke tampuk kuasa yang boleh memudaratkan negara. 

“Kita mahukan kebenaran…pada saya dia (Anwar) munafik, pengikutnya dalam keadaan bahaya. 13 Oktober nanti beliau tidak boleh menang, kalau dia masuk kerajaan, akan bergaduh berebut hendak jadi PM,” katanya.

Anwar dituduh meliwat Saiful, bekas pembantu peribadinya, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Beliau kemudian dibebaskan pada 16 Mei lalu selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. -SuaraTv 

 

One thought on ““Tiga Kali Saya Bersumpah”, Saiful Pertahan Diliwat Anwar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.